Dari Meja Dekan

 

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara/i yang berjaya menjejakkan kaki di UMT. Secara peribadi saya rasakan bahawa saudara/i merupakan insan yang bertuah diterima masuk ke UMT sebagai tempat pilihan untuk menimba ilmu di kalangan ribuan pelajar lepasan Matrikulasi, STPM dan Diploma. Semoga ianya akan menjadi pendorong kepada saudara/i untuk mencipta kegemilangan ilmu bagi meneruskan kecemerlangan yang telah dilakar oleh bekas pelajar-pelajar UMT sebelum ini.

Kepesatan pembangunan sains dan teknologi masa kini telah melahirkan fenomena global yang mencabar. Oleh itu, untuk menikmati kejayaan dalam persekitaran sebegini, saudara/i perlu bersedia secara berterusan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi yang inovatif dan jati diri yang kukuh dalam usaha menangani suasana baru dengan cekap dan berkesan.

Semoga saudara/i semua dapat memanfaatkan segala peluang yang ada di Universiti ini untuk terus meningkatkan penguasaan ilmu baru dan kemahiran insaniah bagi memperkasakan diri. Harapan UMT pada akhir tempoh pengajian saudara/i ialah untuk melahirkan modal insan berwibawa yang mampu bersama membangunkan masyarakat dan negara. Saya juga percaya saudara/saudari tidak akan menghampakan harapan kedua ibu bapa yang mengharapkan yang terbaik daripada sauadara/i.

Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya.

Y.Bhg Profesor  Dato’ Dr. Aziz b. Deraman
Ahli Lembaga Pengarah UMT / Dekan
Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
Universiti Malaysia Terengganu