Latar Belakang

PENGENALAN PUSAT PENGAJIAN INFORMATIK DAN MATEMATIK GUNAAN

TAHUN PENUBUHAN

  • Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan (PPIMG) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Disember 2013.

LATAR BELAKANG

  • PPIMG telah ditubuhkan hasil daripada pengstrukturan semula Fakulti Sains dan Teknologi. Penubuhan Pusat Pengajian ini adalah untuk menghimpunkan kepakaran dalam bidang ilmu informatik, sains komputer, matematik dan statistik di bawah satu organisasi  serta   menyediakan   peluang   yang   baik   ke   arah   penyepaduan   dan pengukuhan jaringan;
  • Peranan utama PPIMG adalah untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dalam bidang matematik dan sains komputer serta menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran, penyelidikan dan memberi khidmat yang berkaitan dengan bidang-bidang berkenaan seperti teknologi maklumat, kejuruteraan dan sebagainya.  Penawaran program- program dalam bidang matematik dan sains komputer oleh pusat pengajian ini merupakan langkah pragmatik ke arah membangunkan sumber manusia yang bukan sahaja terlatih dalam bidang sains dan teknologi, tetapi mampu bersaing, mempunyai jati diri dan akhlak mulia bagi menampung keperluan tenaga kerja yang baik untuk membina “Negara Perindustrian Baru, Yang Mesra Alam”.

FUNGSI/PERANAN

  • Pembentukan PPIMG  ini  adalah  menerusi  himpunan  ahli-ahli  akademik  dalam bidang ilmu sains asas dan sektor pengajian di pelbagai peringkat di bawah satu organisasi yang memiliki kekuatan dan potensi untuk memacu perkembangan dan kecemerlangan ilmu berkenaan.
  • Pembentukan PPIMG ini juga bermatlamat untuk membangunkan dan menawarkan program pengajian tempatan dan antarabangsa terpilih yang berfokus dan berkualiti di peringkat  Diploma,  Ijazah  Pertama  dan  Ijazah  Lanjutan  berdasarkan  bidang tujahan UMT.
  • PPIMG ini akan memberi kelebihan kepada Universiti dalam memperkasa urus tadbir pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik menerusi kesatuan ilmu di bawah satu organisasi  berbanding  dengan  kepelbagaian  disiplin  ilmu  di  bawah  sektor klaster. Menerusi pembentukan pusat pengajian ini, urusan seperti kewangan, kemudahan dan lain-lain keperluan sumber dapat diuruskan dengan lebih berfokus mengikut sesuatu bidang ilmu.
  • Pembentukan PPIMG ini juga dapat meminimumkan hirarki kepimpinan akademik, yakni setiap ahli akademik di dalam sesebuah pusat pengajian akan dipimpin terus secara pentadbiran oleh Dekan dan Timbalan Dekan.
  • PPIMG  juga    akan    menggalakkan    prinsip    kebebasan    akademik    dengan memperkenalkan perkhidmatan berasaskan sistem matriks yakni setiap ahli akademik dalam  sesebuah  pusat  pengajian  boleh  menyumbang  kepakaran  ilmu  mereka merentasi lain-lain pusat pengajian.
  • Kepimpinan akademik  di  PPIMG  diperkasakan  dengan  memperkenalkan  jawatan Pengerusi bagi setiap program pengajian yang berperanan sebagai mentor pengajaran dan pembelajaran kepada ahli-ahli akademik di dalam sesebuah program pengajian khususnya dalam aspek perancangan dan pelaksanaan.
  • Penubuhan PPIMG ini juga menggalakkan proses bimbingan dan mentoran dalam suasana kondusif   seterusnya   mempercepatkan   proses   perkembangan   bidang kepakaran ilmu, program pengajian, bakat akademik dan seterusnya universiti secara holistik.
  • Penubuhan PPIMG ini turut akan menyokong dan mengukuhkan kedudukan UMT dalam bidang tujahan sains kelautan dan akuatik baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.