Soalan Lazim

1. Apakah Program pengajian yang ditawarkan di Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan?

Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan menawarkan 4 program pengajian di peringkat pra-siswazah dan program pengajian di peringkat Sarjana Sains (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah dalam bidang Matematik dan Sains Komputer.

Program Pra – Siswazah

1) Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
2) Sarjana Muda Sains Komputer (Informatik Maritim)
3) Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)
4) Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi)

Program Pasca-Siswazah

Bagi program pengajian peringkat Sarjana Sains dan Doktor Falsafah sila layari Laman Web Pusat Pengajian Siswazah UMT

2. Apakah waktu Operasi pejabat Pentadbiran Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan?

Pejabat Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan beroperasi pada :

Ahad hingga Khamis (8:00 – 4:45 ptg.) – Rehat (1:00 – 2:00 ptg.)
Cuti : Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum

3Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan?

Anda boleh 09-6683367/09-6683555 atau urusan yang lebih spesifik sila layari direktori staf Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan.

4. Apakah bahasa pengantara yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

PPIMG menggunakan bahasa melayu dan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

5. Adakah PPIMG mempunyaiprogram pengajian jarak jauh

Tidak. PPIMG tidak menawarkan sebarang program pengajian jarak jauh