Visi, Misi & Objektif

VISI

 Menjadi pusat pengajian, penyelidikan dan pengembangan ilmu yang unggul dalam bidang Matematik dan Sains Komputer.

 MISI

Melahirkan graduan yang syumul dan berketrampilan dalam bidang Matematik dan Sains Komputer melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan dalam bidang Matematik dan Teknologi Maklumat.

 FUNGSI

  • Menawarkan program pengajian yang berkualiti untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dalam bidang informatik, sains komputer, matematik dan statistik yang mampu menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan menerusi penyelidikan fundamental dan eksploratori;
  • Menyediakan kemudahan dan fasiliti terkini bagi menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan; dan menghasilkan graduan yang bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketrampilan.
  • Menawarkan program pengajian yang cemerlang dalam bidang Matematik dan Sains Komputer untuk memenuhi keperluan pasaran semasa dan masa hadapan.
  • Menyediakan kemudahan pengajaran dan penyelidikan yang terkini bagi menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan.
  • Menghasilkan graduan Matematik dan Sains Komputer yang syumul (bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketrampilan).
  • Menerokai ilmu dalam bidang Matematik dan Sains Komputer melalui penyelidikan.
  • Berperanan aktif dalam pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan melalui perkhidmatan pengembangan kepada masyarakat setempat dan kawasan Pantai Timur Semenanjung dan Malaysia, amnya.