iFINOG 2019, 2 Pelajar PPIMG Menang Gangsa

Pelajar PPIMG telah memenangi 2 Pingat Gangsa di pertandingan International Festival of Innovation on Green Technology 2019 (iFINOG) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP)  pada 19 April – 21 April 2019 .Projek “Smart GreenHouse: Green House Monitoring System using Internet of Things (IoT) Technology and Mobile App” yang dijalankan oleh Saudara Fahmi Nurhakim Azmi, pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) di bawah seliaan Dr Noor Hafhizah Abd dan Projek “Vessel Life Jacket Compatability Tools (VELIT) yang dijalankan oleh Sudara Syukri Hanafi, pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim di bawah seliaan Ts Mohammad Aizat Basir.