CSF 3305 : Industri dalam pembelajaran

1April 2019 | Pada 1 April 2019, Pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) telah mengadakan program industri dalam pengajaran bagi Kursus CSF 3305 Sistem Operasi.Program dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kanan , En. Tajul Arifin Bin Abd. Manan Selaku Ketua Bahagian Pangkalan Data, Keselamatan dan Penjaminan Kualiti PPTM.Para pelajar juga di bawah ke Pusat Data, Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat, UMT bagi melihat dan mempelajari sistem operasi yang digunakan.