Mentor Robotik Pasukan Negeri Terengganu ke Pertandingan Robotik Kebangsaan 2017

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aziz b. Deraman , Dekan Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan telah di lantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebagai Mentor Robotik Pasukan Negeri Terengganu bagi pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2017.Peserta pertandingan terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Wei Sing, Sekolah Kebangsaan Imtiaz Dungun (Kategori Sekolah Rendah) manakala Sekolah Menegah Kebangsaan Dato’ Razali (Kategori Menengah atas).Tugas sebagai mentor telah diadakan pada 6 September 2017 bertempat di IBH 7 PPIMG yang diselia oleh para Pensyarah Program Sains Komputer, PPIMG.Semoga Pasukan Robotik Negeri Terengganu akan mencapai kejayaan semasa pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan.