Bengkel Penyelidikan Berasaskan Marin 2017

Bengkel Penyelidikan Berasaskan Marin 2017telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan pada 9 November, bertempat di Bilik Syarahan, Pusat Islam, UMT.Bengkel ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan dalam kalangan para penyelidik di UMT dalam bidang berasaskan marin, khususnya yang memerlukan kepakaran PPIMG. Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Hairil b. Mohd dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan dan Cik Zaitun Mahani bt. Zakariah dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Maritim.